5 Januari 2015 Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Kota Kinabalu yang melibatkan Ibu Pejabat Penjara Sabah , Penjara Pusat Kota Kinabalu , Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Parol Negeri Sabah telah dikelolakan oleh Penjara Pusat Kota Kinabalu bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Y.Setia TKPj Ab Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah telah hadir menyempurnakan majlis ini yang menyaksikan penganugerahan pangkat Time base berasaskan kecemerlangan kepada seramai 29 orang anggota yang dinaikkan pangkat ke Sarjan Penjara KX 22 dan 9 anggota dinaikkan pangkat ke Kopral Penjara KX 20. Dalam ucapan, Y.Setia TKPj Ab Basir Bin Mohamad mengucapkan tahniah diatas kejayaan kenaikan pangkat tersebut. Dalam pada itu juga Y.Setia TKPj Ab Basir Bin Mohamad menyampaikan perutusan tahun baru 2015 daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang menyentuh mengenai peranan semua kakitangan penjara yang perlu dilakukan bagi melonjakkan Jabatan Penjara Malaysia sebagai "Peneraju Perkhidmatan Korektif ". Sempena kedatangan Tahun Baru 2015 ini, beliau menyeru semua peringkat kakitangan supaya memperbaharui azam untuk menjadi lebih cemerlang dalam tugas-tugas dan yang penting haruslah bersedia menghadapi pembaharuan dan sanggup menghadapi cabaran.
""