Penjara Sungai Petani telah mengadakan Perhimpunan Setia dan Majlis Pemakaian Pangkat Time-Base Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Sarjan dan Koperal pada 05 Januari 2015. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara Kamarul Efzan bin Johori. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat (TBBK) kepada 02 orang sarjan dan 08 orang koperal yang disempurnakan oleh PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani. Beliau kemudiannya membacakan teks Perutusan Tahun Baru 2015, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.
""