06 Januari 2015 Keprihatinan warga Kompleks Penjara Seberang Perai terhadap bencana banjir yang berlaku membuatkan rasa terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mereka. Justeru, misi bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir ini telah disempurnakan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai kepada mangsa banjir di kawasan yang menerima kesan buruk seperti di Manek Urai, Limau Kasturi, Kuala Krai dan Machang. Sumbangan melebihi RM 5000.00 hasil kutipan penderma-penderma dari kakitangan Kompleks Penjara Seberang Perai, Tabung Kebajikan dan orang awam. Sekalung penghargaan di atas kerjasama Encik Rozi Harun, Parol Daerah Kuala Krai serta Encik Zabidi serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Semoga segala usaha, amal dan bakti ini pastinya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
""