Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni pada 16 Januari 2015 bertempat di Padang PPI dan Surau Nur Hikmah yang dihadiri seramai 130 orang penghuni. Majlis turut disertai oleh pegawai-pegawai pemulihan dengan perarakan yang melibatkan penyertaan blok penempatan penghuni program Halaqah dan Orientasi Fasa I. Seterusnya majlis diikuti dengan pengisian Solat Dhuha, ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us. Razali bin Jacsoan, persembahan Nasyid dan Qasidah.
""