Majlis ramah mesra dan penyerahan sumbangan bantuan banjir daripada Tabung Kebajikan Penjara (TAKE1PENJARA) kepada anggota PPA Machang yang terlibat dalam bencana banjir telah disampaikan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 13 Januari 2015 bertempat di Dewan Alamanda, PPA Machang. Seramai 132 orang yang terlibat iaitu daripada 62 orang Pegawai dan Anggota daripada Pusat Pemulihan Ahklak Machang, 36 orang dari Parol negeri kelantan dan 34 orang dari Penjara Pangkalan Chepa telah menerima sumbangan tersebut. Turut bersama di majlis tersebut Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. DCP Dato' Haji Mazlan Bin Lazim, Ketua Polis Kelantan, TKPj Supri Bin Hashim, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
""