Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institusi Penjara Sungai Buloh Tahun 1436H/ 2015 telah diadakan pada 10 Januari 2015. Sambutan bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" merupakan program tahunan institusi turut disertai oleh YBhg. TKPj Dato? Narender Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh. Lebih 300 kakitangan serta keluarga yang mewakili Kontinjen Sri Bonggor, Sri Siantan, Desa Murni, Desa Mulia, Desa Maju dan Kakitangan Awam dan Pusat Koreksional Puncak Alam menyertai acara perarakan ini.
Program diteruskan pada 14 Januari 2015 dengan pengisian ceramah khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah di Surau An-Nur Penjara Sungai Buloh selepas Solat Maghrib berjemaah diikuti penyampaian hadiah untuk Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kategori Lelaki dan Wanita, Pertandingan Kuiz Agama Kategori Dewasa dan Kanak-kanak, Kontinjen Perarakan Terbaik dan Pertandingan Nasyid.
""