Kuching - Pada 28 Januari 2015, Seramai 120 Orang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Juara Serian, Sarawak telah membuat lawatan sempena 'Program Khidmat Komuniti Pusat Latihan Khidmat Negera (PLKN) 2015'. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan Taklimat berhubung Peranan dan Fungsi Jabatan Penjara Malaysia, Kerjaya Jabatan Penjara Malaysia, Ceramah Perlakuan Jenayah di Kalangan Remaja. Ceramah tersebut disampaikan oleh TPP Hamad bin seman dan Koperal Hamidah binti Gapor.
Pada sebelah petang pula pelatih menjalani aktiviti Jati Diri yang dikendalikan oleh PULAPEN Sarawak.
""