Majlis Pelancaran penjenamaan semula Sistem 5 S iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Penjara Wanita Kota Kinabalu telah diadakan pada 27 Januari 2015 bertempat di ruang Familly Hall Penjara Wanita Kota Kinabalu. Pelancaran disempurnakan oleh PKP Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Secara khususnya, objektif pelancaran ini adalah bagi memberi kefahaman yang jelas tentang fungsi dan penglibatan setiap kakitangan untuk meningkatkan imej korporat, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders, memperluaskan pelaksanaan di institusi dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.
""