Pada 26, 28 dan 30 Januari 2015 Lembaga Parol I diketuai Y.Bhg. Dato' Anas bin Ahmad Zakie bersama Lembaga Parol II, Y.A Bhupindar Singh a/l Gurcharan Singh Preet dan Lembaga Parol III, Y.A Tuan Kamarolzaman bin Abideen serta ahli lembaga lain diiringi oleh Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM, TKPj Abdul Aziz bin Mohamad dan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor PP Muhammad Nazri bin Nasrudin telah mengadakan lawatan outreach ke (3) Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu ke Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Hulu Langat, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Parol, Perkhidmatan Komuniti Daerah Klang dan Rumah Perantaraan Negeri Selangor. Aturcara lawatan tersebut diisi dengan taklimat, dialog serta temubual dengan Orang Yang DiParol (ODP), keluarga dan majikan bagi mendapatkan maklumat serta mengenalpasti permasalahan yang melibatkan tugasan harian dan perlaksanaan sistem parol.
""