Pada 6 Februari 2015 Pengarah Keselamatan dan Inteligen Jabatan Penjara Malaysia, KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood diiringi oleh Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, TKPj Abdul Aziz bin Mohamad telah mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Rumah Kebajikan Rose di Bandar Rinching, Selangor Darul Ehsan bagi melihat sendiri pengurusan pesalah Pusat Kehadiran Wajib yang melibatkan seorang pesalah perempuan di bawah seliaan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Hulu Langat. Lawatan tersebut diisi dengan taklimat pegawai parol, serta temubual dengan pesalah dan pengurus Pertubuhan Rumah Kebajikan Rose bagi mendapatkan maklumat yang melibatkan tugasan harian dan perlaksanaan sistem parol khususnya berkaitan PKW.
""