Pada 23 November 2015 (Isnin), bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Program Jalinan Kasih Deepavali dan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2015. Program Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2015 merupakan anjuran Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Datuk Latipah bte Omar Exco Wanita Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Negeri Melaka. Turut hadir menyerikan program ini ialah TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Saidun bin Haji Othman, Pengarah SHG Melaka dan En Mohammad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Melaka. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara penghuni dan keluarga serta memberi peluang kepada penghuni merasai suasana perayaan Deepavali. Selain itu turut diadakan acara berbentuk kekeluargaan seperti menghias kek, Musang Berjangut dan Menghias Kolum. Hadiah keluarga yang berjaya dalam setiap acara disampaikan oleh YB Datuk Latipah bte Omar.
""