Pada 28 November 2015 (Sabtu) bertempat di Penjara Puncak Borneo, Kuching telah berlangsung Program 'Bacalah, Kamu Masih Di Hati' kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dan Perpustakaan Negara dalam usaha menggalakkan amalan membaca di kalangan masyarakat. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak, YB Datuk Hajah Fatimah binti Abdullah dan turut dihadiri oleh Angkasawan Negara, YBhg. Dato? Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha selaku ikon membaca.
Turut hadir pada program ini ialah Pengarah Perpustakaan Malaysia, Puan Nafisah binti Ahmad, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah Seksyen Pemulihan dan Rawatan IPPM, TKP Kausalya Dewi A/P Sathoo, Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Walace Anak Nawon serta Pengarah-pengarah institusi Penjara Sarawak dan Penyelia Sekolah Integriti. Program ini telah dihadiri lebih kurang 100 orang pelajar sekolah Tunas Bakti yang diriingi seramai 15 orang guru pengiring. Ceramah Motivasi turut disampaikan oleh YBhg. Dato? Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti dan pelajar sekolah jemputan.
""