Pada 18 November 2015 (Rabu), bertempat di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong telah diadakan Program Muhibah Muzikal 2015 Jabatan Penjara Malaysia. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong. Turut hadir YBhg TKJP Dato' Hj Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, (Keselamatan & Koreksional), KP Hj Abdul Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Dato' Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Parol & Komuniti IPPM, PKK Aminon bin Adnan, Timbalan Pengarah Penjara Bentong selaku tuan rumah, TKP Hj Darulsalam bin Budin (Pengarah Penjara Negeri Selangor), TKP Ahmad Saidi bin Hamzah (Pengarah Penjara Negeri Terengganu), Ketua-ketua Institusi Zon Timur dan wakil dari institusi zon tengah. Turut memeriahkan majlis adalah pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Yayasan Felda Mempaga, Mantan Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bentong serta warga Kompleks Penjara Bentong. Juri yang mengadili pertandingan adalah Encik Fauzi Marzuki dan Encik Syed Indera Syed Omar(Siso). Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai.
""