| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Agung Majlis Sukan Penjara Malaysia Sesi 2015-2016

7 Disember 2015, Mesyuarat Agung Majlis Sukan Penjara Malaysia Sesi 2015-2016 yang melibatkan Yang Dipertua Kelab-Kelab Sukan dan Kebajikan institusi Jabatan Penjara Malaysia telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia bertempat di Ballroom 3, Klana Resort Seremban.  Mesyuarat Agung ini adalah bagi pemilihan dan perlantikan baru Exco MSPM bagi sesi 2015-2016. Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan pengurusan Majlis Sukan Penjara Malaysia sepanjang tempoh Sesi 2014-2015. Beberapa pengisian acara telah diadakan sebelum sesi mesyuarat dilangsungkan, antaranya ialah penyerahan tropi kejohanan kejuaraan 19th ASEAN Prisons Track and Field Championships yang dimenangi di Palembang, Indonesia oleh Ketua Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia KP Haji Abdul Wahab bin Haji Kassim kepada YBhg. Dato? Sri Yang Dipertua.
Syabas dan tahniah di atas kejayaan Pasukan Selangor C yang diwakili oleh gabungan pasukan daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Selangor, Maktab Penjara Malaysia dan Penjara Wanita Kajang yang mengungguli kejohanan Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi Tahun 2015.
Majlis juga turut menyaksikan penganugerahan Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Penjara Malaysia Tahun 2015. Anugerah Olahragawan dimenangi oleh KPL 17071 Mohamad Nizar bin Yusof dari Penjara Kajang yang mengharumkan nama Jabatan di bidang sukan Gusti Lengan. Olahragawati Majlis Sukan Penjara Malaysia 2015 pula dianugerahkan kepada IP Zura binti Omar dari Penjara Wanita Kajang yang mewakili sukan Bolajaring dan Olahraga.

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SUKAN PENJARA MALAYSIA SESI 2015-2016



YANG DIPERTUA : YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar
NAIB YANG DIPERTUA I:YBhg. TKJP Dato? Hj. Hassan bin Sakimon
NAIB YANG DIPERTUA II:YBhg. TKJP Dato? Wan Abdul Rahman bin Abdullah
SETIAUSAHA KEHORMAT:[Perlantikan oleh YDP]
PENOLONG SETIAUSAHA:[Perlantikan oleh YDP]
PENOLONG SETIAUSAHA KERJA :[Perlantikan oleh YDP]
BENDAHARI KEHORMAT: Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail
PENOLONG BENDAHARI:[Perlantikan oleh YDP]

AHLI-AHLI
1.TKP Nordin bin Mohamad
2.TKP Haji Zawawi bin Ab. Rahim
3.TKP Haji Darussalam bin Hj Budin
4.TKP Dato? Narander Singh a/l Chand Singh
5. TKP Ibrisam bin Abdul Rahman
6.TKP Tan Tian Heng
7.TKP Suria bin Haji Idris [Penjara Sabah]
8.TKP Ajidin bin Haji Salleh [Penjara Sarawak]
9. TKP Roslan bin Haji Mohamed
10.PKK Zaimiah binti Parman

JURU AUDIT DALAM
1. TKP Abdul Aziz bin Mohamad
2. PKK Ku Nawawi bin Ku Hamid

 

""