31 Julai 2015 ( Jumaat), Penjara Pra Bebas, Dusun Dato'Murad telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 bertempat di Dataran Agro melibatkan semua kakitangan termasuk Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka dan Muzium Penjara Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg TKJP Dato'Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional) dan isteri. Atucara majlis dimulakan dengan bacaan doa, jamuan makan, ucapan oleh YBhg TKJP Dato'Haji Hassan, cabutan bertuah dan penyampaian duit raya. Turut diadakan pada majlis tersebut ialah sumbangan Tabung Kebajikan 1Penjara kepada (2) orang kakitangan yang terlibat dengan bencana alam (banjir).
""