30 Julai 2015 (Khamis) Penjara Pra Bebas, Dusun Dato'Murad menerima lawatan dari Bahagian Padi, Tanaman Industri & Hortikultur, Pusat Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian, Serdang. Lawatan oleh seramai 30 orang kakitangan bertujuan untuk melawat sekitar kawasan agro dan berkongsi idea untuk penambahbaikan. Aturcara lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Penjara DDM, PKP Tuan Haji Mohamed Bin Haji Musa, lawatan ke sekitar kawasan agro, jamuan makan, penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar.
""