Pada 2 Ogos 2015 (Ahad), telah diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Zon Timur bertempat di perkarangan rumah rehat PULAPEN Penjara Marang, Terengganu. Majlis melibatkan semua kakitangan termasuk Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu dan Institusi Penjara Zon Timur. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. KJP Dato'Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg KPj. Dato'Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan isteri, Encik Nor Hamran Bin Hussin, Pengarah Pembangunan dan Perolehan serta semua Pengarah Institusi dan Parol Zon Timur. Atucara majlis dimulakan dengan bacaan doa, jamuan makan, ucapan oleh Pengarah Penjara Marang, cabutan bertuah, pertandingan gerai tercantik, hadiah pasangan ideal, penyampaian duit raya, persembahan bunga api, dan persembahan one man show. Turut diadakan penyampaian sumbangan Tabung Khairat Kebajikan kepada isteri kakitangan yang meninggal dunia.
""