Pada 3-5 Ogos 2015,Unit Latihan institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Kakitangan Bagi Tahun 2015 yang diadakan di Lapang Sasar IPK Bukit Beruang Melaka. Latihan selama 3 hari ini telah diselia oleh KIP Feruzs Huda bin Abd Samad bertujuan untuk penyegaran semula mengenai tatacara pengendalian senjatapi dengan betul dan selamat. Antara senjatapi yang digunakan untuk latihan pada kali ini adalah dari jenis Rifle Colt M-16, SMG HK MP 5 dan Revolver S&W .38 Special
""