30 Julai 2015 - (Khamis) Program Temuseru telah dianjurkan oleh Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Gerik, Perak dalam memberi penerangan mengenai peranan dan fungsi Parol & Perkhidmatan Komuniti serta Jabatan Penjara Malaysia. Program Termuseru telah dihadiri seramai 250 orang adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan dan kerjasama dengan pemimpin masyarakat setempat yang terdiri daripada Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta wakil majikan dan juga NGOs bertempat di dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik, Perak. Program Temuseru ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Tahir bin Osman (P.M.P.), Pegawai Daerah & Tanah Hulu Perak, Perak serta turut dihadiri oleh Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti, TKPj Abdul Aziz b. Mohamad dan Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Perak, PP Jamalludin bin Hassan.
""