Pada 5 Ogos 2015 (Rabu), bertempat di Dataran Mini Kenyalang Penjara Pusat Miri telah diadakan Program Jalinan Kasih Penghuni sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 melibatkan 15 orang penghuni. Aturcara program pada hari tersebut bermula jam 10.00 pagi dan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Kamarul Alam bin Taib. Majlis juga diserikan dengan penyampaian cenderahati daripada penghuni untuk bapa yang berupa sepasang jubah yang dijahit sendiri oleh penghuni.
""