5 Ogos 2015 (Rabu) - Majlis temuseru Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Pendang telah diadakan di Kompleks Dewan Umno Bukit Mak Inson, Paya Mak Inson, Pendang, Kedah. Program tersebut dihadiri oleh 350 orang dan dirasmikan oleh Pengarah Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM, TKPj Abdul Aziz Bin Mohamad. Program ini juga bertujuan untuk mendekati masyarakat dan memberi penerangan serta menyampaikan maklumat berkaitan dan fungsi sebenar parol kepada komuniti setempat. Disamping itu juga, Parol dan Perkhidmatan Komuniti juga dapat mendengar idea dan cadangan daripada hadirin untuk sama-sama dalam penambahbaikan terutamanya melibatkan seliaan serta pemantauan ODP dan PKW. Antara tetamu yang hadir terdiri daripada Penghulu, Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung, imam- imam masjid dan surau, wakil PDRM - IPD Pendang, ahli -ahli Belia 4B, majikan syarikat swasta, NGO?s, Komuniti Siam, keluarga ODP, bekas ODP dan sebagainya. Program seumpama ini amat digalakkan kerana ia memberi impak yang baik kepada jabatan dan orang ramai khususnya dalam memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia.
""