| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Temuseru Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang Bersama Masyarakat

Pada 4 Ogos 2015 (Selasa) - Bertempat di Dewan Khidmat Masyarakat, Felda Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang telah diadakan Program Temuseru Peringkat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YM Asyhar Amin bin Ahmad,  Penghulu Mukim Ulu Jelai & Penghulu Bantu Yon 1. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para majikan, NGO's, penghulu, Pengerusi JKKK, Imam dan agensi-agensi kerajaan untuk berinteraksi dan lebih mengenali Sistem Parol yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia sejak tahun 2008.  Di dalam program ini, seramai dua orang bekas Orang Diparol (ODP) dan seorang majikan diberi surat penghargaan oleh pihak Jabatan  kerana telah menjadi contoh kepada kejayaan Sistem Parol di peringkat Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Jerantut. Antara program yang diaturkan adalah Taklimat mengenai Sistem Parol Di Malaysia, Tayangan Montaj Video, Mesej dari bekas ODP yang telah berjaya dan majlis diskusi bersama  para majikan, NGO?s, penghulu, Pengerusi JKKK, Imam dan agensi-agensi kerajaan. Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PKK Kausalya Devi a/p Sathoo dan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang PP Tey Hook Soon turut hadir bersama-sama di dalam Program Temuseru pada kali ini.

 

""