| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perjumpaan Bersemuka Program Jalinan Kasih Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah

Pada 4 Ogos  2015 (Selasa) - Bertempat di ruang legar Family Hall Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah telah diadakan sesi perjumpaan bersemuka dengan jayanya melibatkan seramai 8 orang  penghuni dan 2 orang juvana. Sesi perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah, TKPj Ab Basir Bin Mohamad. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan lakonan Hari Raya oleh penghuni bagi menghiburkan ahli keluarga penghuni yang hadir selain membangkitkan suasana keceriaan Hari Raya. Sesi perjumpaan bersemuka yang diadakan sebagai acara tahunan ini dilihat berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan keluarga dan penghuni seterusnya merealisasikan visi jabatan iaitu sebagai "Peneraju Perkhidmatan Korektif" di Malaysia.

 

""