Pada 07 Ogos 2015(Jumaat) bersamaan 22 Syawal 1438, institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Kakitangan dan keluarga. Seramai hampir 400 orang kakitangan dan keluarga hadir memeriahkan majlis dan diserikan lagi dengan kehadiran Ahli-Ahli Persatuan Expoam Negeri Melaka, guru-guru Al-Taqwa serta guru-guru Halaqah. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh PP Mohd Rothman bin Bujang, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka. Atucara dimeriahkan lagi dengan persembahan ?live band? serta pemberian sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan yang disampaikan oleh PP Rothman dan isteri. Kemuncak acara sambutan diakhiri dengan cabutan bertuah bonanza.
""