Pada 7 Ogos 2015, Pusat Koreksional Puncak Alam telah menganjurkan Sambutan Aidilfitri serta Majlis Sambutan Hari Lahir anggota Pusat Koreksional Puncak Alam. Sambutan ini disertai oleh seluruh warga Pusat Koreksional Puncak Alam. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan selawat oleh Ustaz Mohd Isyamfuan Bin Rojalai dan diteruskan dengan ucapan daripada PKP Zulia Bt Khamis @ Ahmad Kamil, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Pengisian sambutan diteruskan dengan cabutan nombor bertuah dan pertandingan gerai tercantik, terbersih dan kreatif. Tumpuan sambutan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara seluruh ahli keluarga Pusat Koreksional Puncak Alam. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pengarah dan semua warga Pusat Koreksional Puncak Alam.
""