Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2015 telah berlangsung dari 31 Julai hingga 4 Ogos 2015 di Negeri Perak. Ia telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 1 Ogos 2015 di Ipoh Parade. Pelbagai agensi muzium seluruh negara terlibat menjayakan HMA 2015 termasuk Muzium Penjara Malaysia. Selain pameran muzium, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang sambutan berlangsung. Majlis Penutupan telah diadakan pada 4 Ogos 2015 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Kerajaan Negeri Perak dan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir.
""