Pada 05 Ogos 2015 bersamaan 20 Syawal 1436, Penjara Reman telah mengadakan sambutan Hari Raya peringkat institusi yang telah dirasmikan oleh PKP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din. Diantara tetamu yang hadir adalah Y.Bhg. Dato' Syed Ali, Pengerusi Pencegahan Jenayah Negeri Pulau Pinang, Tuan Ismail bin Harun, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato' Seri R. Arunesamlam V. Ramasamy, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat. Pengarah Penjara Seberang Perai, Pengarah Parol Pulau Pinang, dan tetamu jemputan serta pesara. Hampir 1000 orang kakitangan dan ahli keluarga turut hadir ke majlis tersebut. Disamping itu, sumbangan diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang disempurnakan oleh Pengerusi Persiap Penjara Reman Pulau Pinang, Puan Norhasliza binti Sha'ari. Selain itu, sumbangan duit raya dan cabutan bertuah kepada kakitangan, menyerikan lagi majlis.
""