Pada 10 Ogos 2015 (Isnin), bertempat di Dewan PPI Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Ajidin Bin Hj Salleh, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Turut hadir ialah PP Kalbin Hj Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Puan Nasimah binti Mohamed Salleh, Penyelia Sekolah Integriti Kota Kinabalu, Pegawai-Pegawai Kanan, Guru-Guru SIKK serta Media Massa. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada penghuni-penghuni yang terpilih merayakan perayaan aidilfitri bersama ahli keluarga tersayang. Seramai 20 orang penghuni termasuk banduan muda yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini dan seramai 85 orang ahli keluarga telah hadir. PKK Ajidin Bin Hj Salleh juga turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak penghuni yang hadir dalam majlis ini.
""