Pada 07 Ogos 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Sambutan Hari Keluarga bagi kakitangan Penjara Simpang Renggam. Sempena majlis tersebut pelbagai acara diadakan seperti, pertandingan mewarna, gubahan lipatan, gubahan masakan oleh PERSIAP dan sukaneka untuk semua kakitangan. Pengarah Penjara Simpang Renggam TKPj Tan Tian Heng turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim di antara kakitangan dan keluarga.
""