Pada 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri 2015 dan turut dihadiri oleh semua kakitangan dan keluarga. Majlis juga diserikan dengan kehadiran TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKP Azman bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah dan PP Ramli bin Hussain. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, jamuan makan, cabutan nombor bertuah, pertandingan gerai tercantik, pertandingan karaoke dan penyampaian duit raya kepada semua anak-anak kakitangan Penjara Simpang Renggam.
""