Pada 10 Ogos 2015 (Isnin), telah berlangsung Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Penjara Sarawak di Penjara Wanita, Puncak Borneo Bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Sri Raghad Kurdi Taib. Program ini turut dihadiri oleh Komisioner Penjara Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sarawak dan keluarga penghuni banduanita yang terpilih. Program ini melibatkan seramai 18 orang banduanita dan 14 orang penghuni Sekolah Integriti Kuching. yang telah terpilih untuk bersama keluarga tercinta secara bersemuka. Pelajar-pelajar Sekolah Integriti juga memberi sumbangan dengan melibatkan diri di dalam persembahan untuk memeriahkan program tersebut. Melalui program sebegini, hubungan penghuni dan keluarga dapat diperbaiki dan dipereratkan,secara tidak langsung proses pemulihan diri banduan dapat dilaksanakan.
""