| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Penjara Sandakan

Tanggal 7 Ogos 2015 (Ahad) telah diadakan Majlis Jalinan Kasih Peringkat Penghuni sempena sambutan Aidilifitri 2015 di Perkarangan kawasan dalam Penjara Sandakan. Objektif penganjuran adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk merasai  kemeriahan dan berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama keluarga tersayang, disamping membantu memperkasakan lagi aktiviti pemulihan penjara. Seramai 10 orang penghuni terlibat iaitu 7 penghuni lelaki dan 3 penghuni wanita. Majlis tersebut disambut serentak dengan perayaan Hari Ibu dan Bapa 2015. Acara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis telah disempurnakan oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Sandakan diiringi oleh TPP Muhammad Khalid bin Muhammad, Timbalan Penguasa (Pengurusan).

 

""