Pada 9 Ogos 2015 (Ahad) bertempat di Perkarangan Kawasan Sekolah Henry Gurney Keningau telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program tahunan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada penghuni-penghuni untuk merayakan perayaan Aidilfitri bersama ahli keluarga mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan. Seramai 54 orang penghuni dan ahli keluarga telah dipilih menyertai sambutan yang diadakan secara sederhana namun meriah. Majlis Jalinan Kasih ini telah dirasmikan oleh TPP Jaini Ayong, Timbalan Pengarah SHG Keningau.
""