Selasa, 18 Ogos 2015 bersamaan 03 Zulkaedah 1436H - Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang terdiri daripada 5 orang ahli dan diketuai oleh Encik James Nagayam (Pesuruhjaya). Delegasi telah disambut oleh PP Arzaee Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan disusuli dengan mesyuarat ringkas sebelum diakhiri dengan lawatan dalam kawasan penjara.
""