| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Temuseru Dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka Bersama Masyarakat

13 Ogos 2015 - (Khamis) Program Temuseru Dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka Bersama Masyarakat telah diadakan di Kompleks JAPERUN, Duyung Melaka.  Program tersebut  dihadiri seramai 200 orang terdiri daripada Pengerusi JAPERUN, Penghulu-Penghulu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Imam Masjid dan Surau, Majikan, NGO's, PDRM, AADK,  ODP dan bekas ODP serta keluarga. Program Temuseru ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Latiff Bin Datuk Haji Tamby Chik EXCO Penerangan, Komunikasi Dan Koperasi Negeri Melaka merangkap ADUN Telok Mas, Melaka.  Ianya juga  turut dihadiri oleh TKP Abdul Aziz b. Mohamad, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan PP Zalina Bt Mohd Yunus Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka. Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan dan kerjasama dengan masyarakat setempat. Program seumpama ini amat digalakkan kerana ianya memberi impak yang baik kepada Jabatan dan orang ramai khususnya dalam memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia.

 

""