| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berambeh Raya Peringkat Institusi Penjara Puncak Borneo Tahun 2015

Pada 12 Ogos 2015 (Rabu), telah diadakan Majlis Berambeh Raya Peringkat Institusi Penjara Puncak Borneo Tahun 2015 bertempat di perkarangan Kantin Luar Penjara Puncak Borneo. Majlis melibatkan semua kakitangan institusi. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Yberusaha TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Puncak Borneo, PP Walace Anak Nawon, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak serta PPP Mahmud Edan, Komandan PULAPEN Negeri Sarawak. Susunatur majlis adalah dengan upacara memotong daging kambing panggang, memotong pulut kuning, ucapan Pengarah, cabutan bertuah, jamuan makan dan persembahan nyanyian oleh Kumpulan Beret Hijau.

 

""