Bertempat di perkarangan Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 2015 (Jumaat) telah diadakan Majlis Jamuan Rakyat kepada jemaah masjid. Program ringkas ini diadakan bertujuan untuk menghargai para jemaah yang banyak membantu pihak pengurusan masjid dalam menjayakan program, aktiviti dan pembangunan pendidikan serta program ilmiah Masjid Al-Muhajirin, Penjara Sungai Udang, Melaka. Sebanyak 1,700 bungkusan makanan telah diedarkan kepada jemaah masjid selepas solat Jumaat diadakan. Melalui program sebegini pihak pengurusan Masjid Al-Muhajirin, Penjara Sungai Udang, Melaka secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat di Mukim Sungai Udang, Melaka.
""