Pada 13 Ogos 2015 (Khamis) bersamaan 28 Syawal 1436H jam 11.30 pagi telah diadakan Majlis Ziarah Marhaban Penghuni Penjara Reman Johor Bahru. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Agama Bahagian Pengurusan Banduan Institusi ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Zawawi bin Rasmani turut disertai oleh pegawai dan anggota Unit Pelan Pembangunan Insan dan 13 orang penghuni bermula di Rumah Pelan Pembangunan Insan, blok penempatan penghuni Rumah A dan Rumah B.
""