| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Temuseru "Memperkasa Masyarakat Sejahtera"

17 Ogos 2015 - (Isnin) Program Temuseru "Memperkasa Masyarakat Sejatera" anjuran Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti bersama Persatuan Koreksional Johor (DPAS) telah diadakan di Dewan Azalea, Sekolah Kanak-kanak Istimewa, Lot 17882, Jalan Gertak Merah, 80000  Johor Bahru, Johor. Program tersebut  dihadiri seramai 200 orang terdiri pihak majikan, Penghulu-penghulu mukim, Ketua-ketua kampung, NGO?s, wakil-wakil jabatan kerajaan, ODP (Orang DiParol) dan keluarga serta anggota daripada PPD/PPN dan Pusat Pemulihan Permasyarakatan. Program Temuseru ini dirasmikan oleh YB Datuk Tee Siew Kiong, EXCO Pelancongan , Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor.  Ianya juga turut dihadiri oleh Tn.Hj Mohamed Bin Abd Jalal, Yang Di Pertua, Pengerusi Persatuan Koreksional Johor (DPAS), PKK Kausalya Devi A/P Sathoo, Timbalan Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan PP Hj.Abdul Jalil bin Abd Majid, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor. Sesi taklimat mengenai sistem parol disampaikan oleh KIP Sulaiman bin Mohd Juah, Pegawai Parol Daerah Segamat, Johor. Sesi soal jawab dan diskusi juga turut diadakan sepanjang program berlangsung. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan dan kerjasama dengan masyarakat setempat. Program seumpama ini secara tidak langsung memberi impak yang baik kepada orang ramai khususnya dalam memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

""