09 Ogos 2015, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni bagi tahun 2015. Seramai 19 orang penghuni terlibat dalam program tersebut. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PKP Husin b. Haji Johari, Pengarah Penjara Sungai Petani. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penghuni dan sesi ramah mesra Pengarah bersama keluarga penghuni. Majlis diteruskan dengan penyerahan kad raya oleh penghuni kepada keluarga masing-masing. Turut diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada empat orang penghuni yang cemerlang di dalam kokurikulum dan ko akademik Sekolah Integriti oleh PKP Husin b. Haji Johari. Antara tetamu yang hadir adalah jemputan dari Penawar serta kakitangan Penjara Sungai Petani, Kedah.
""