Bertempat di Surau Penghuni An-Nur, Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan rakaman pengambaran program "Mahalnya Sebuah Kesempatan" pada 18 Ogos 2015 (Selasa). Program anjuran stesen TV Al-Hijrah dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan Jabatan Penjara Malaysia dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah melibatkan seramai 120 orang penghuni banduan Islam. Turut hadir sewaktu rakaman ini ialah, Yang Arif Dato' Anas bin Ahmad Zaki, Lembaga Parol KDN dan TKP Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang dan kakitangan. Program rakaman sebanyak 4 episod ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Abdullah Bukhari. Pada majlis ini juga turut diadakan penyampaian sumbangan telekung, naskah Al-Quran dan Surah Yassin kepada penghuni oleh pihak PNMB.
""