Pada 16 Ogos 2015, Penjara Puncak Borneo telah menghantar beberapa pasukan bagi menyertai pertandingan berakit yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaraan Padawan, Kuching Sarawak. TKP Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak juga turut serta menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini turut disertai oleh pasukan dari luar negara selain penyertaan oleh pelbagai agensi kerajaan di negeri Sarawak.
""