Pihak Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan jamuan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Ogos 2015 yang lalu. Sambutan Hari Raya ini diadakan untuk meraikan para pelajar serta guru dan pegawai-pegawai yang bertugas di Sekolah Henry Gurney. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Nora Binti Musa. Pelbagai acara telah dipersembahkan oleh para pelajar antaranya koir, tarian dan juga nyanyian.
""