21 Ogos 2015 - Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang Peringkat Zon Selatan Tahun 2015 Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang Melaka yang dikelolakan oleh Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Seramai 60 orang pesara diraikan dalam majlis ini sebagai menghargai jasa mereka sepanjang perkhidmatan di Jabatan Penjara Malaysia.Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 44 pelajar merupakan anak-anak kakitangan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM dari Persatuan Pegawai Penjara (POA) dan PERSIAP. Upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada pesara dan anak cemerlang telah disempurnakan oleh YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan YBhg Datin Sri Hjh Noraini bt Hj Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg TKJP Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan isteri serta pengarah-pengarah institusi Zon Selatan dan tetamu jemputan.
""