YBhg. Dato' Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah sudi meluangkan masa menghadiri Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang Peringkat Zon Sabah yang telah diadakan pada 15 Ogos 2015 bertempat di Dewan Wawasan Taman Ehsan Penjara Tawau. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datin Sri Hjh Noraini binti Hj Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg TKJP Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan isteri,TKPj Ab Basir Bin Mohammad, Pengarah Penjara Sabah dan isteri,PKK Jamil Razif Bin Kassim, Pengarah Penjara Tawau dan isteri dan juga Pengarah-Pengarah Institusi Penjara di Sabah.
YBhg. Dato' Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berserta isteri YBhg Datin Sri Roba' Aishah binti Mohd. Ghazali turut menyampaikan sumbangan RM8,000.00 setiap orang daripada Tabung Amanah Perwira Dan Pertahanan Negara (TAPPAN) kepada tiga orang pegawai daripada Penjara Tawau yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km 36 Jalan Kunak-Lahad Datu, Sabah iaitu SJN Sulbani Bin Galaji, KPL Azmy Bin Sunjin dan WP Amirzan bin Madin. Kpl Ismail Mangka daripada Parol Daerah Tawau dan WP Reonnel Bin Cassie Goh daripada Penjara Tawau yang telah terlibat dengan kemalangan dan bencana alam di antara seramai lima orang pegawai yang telah menerima sumbangan Tabung Kebajikan 1Penjara. Turut disampaikan dalam majlis tersebut sumbangan RM10,000 dari Insuran 1Penjara kepada KPL (TBBK) Mohammmad Bin Ambotang daripada Penjara Tawau yang lumpuh akibat serangan angin ahmar. Pada malam tersebut juga, berlangsungnya majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-�ketua Institusi Zon Sabah sempena sambutan bulan kemerdekaan 2015.
Pada 16 Ogos 2015 juga YBhg. Datin Sri Hjh Noraini binti Hj Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia dan YBhg Datin Sri Roba' Aishah binti Mohd Ghazali Yang Dipertua PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri bersama anggota PERSIAP Sabah mengadakan lawatan kebajikan kerumah WP Juneidi Bin Irwan bagi menziarah anak beliau yang menghidap penyakit jantung berlubang dan menziarah WP Mary Anne Bte Abd Salleh yang menghidap penyakit angin ahmar. Dalam majlis yang berasingan YBhg. Dato' Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berserta YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah turut serta mengambil bahagian di Kejohanan Golf Piala Pengarah Penjara Sabah 2015 di Shan Shui Golf And Country Resort Tawau.
""