| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Bapa Dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu

Pada 11 Ogos 2015, Penjara Pusat Sibu telah mengadakan program "Jalinan Kasih" sempena sambutan Hari Ibu Bapa dan Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 yang melibatkan 12 orang penghuni yang telah terpilih. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara penghuni dan keluarga. Selain itu, komitmen dan sokongan ahli keluarga penghuni merupakan perkara penting sebagai bukti penerimaan keluarga penghuni bagi mendorong penghuni menjalani proses pemulihan di dalam penjara dan berharap supaya penghuni dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan dan tidak lagi mengulangi kesalahan jenayah yang lalu. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Mohamad Jusoh bin Ismail. Pelbagai persembahan menarik telah disajikan oleh penghuni antaranya deklamasi puisi dan nyanyian.

 

""