| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Temuseru Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan

20 Ogos 2015 (Khamis) Program Temuseru Anjuran Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan Bersama Masyarakat telah diadakan di Ruang Legar Pejabat Tanah dan Jajahan Machang Kelantan. Program tersebut telah dihadiri seramai 100 orang Penggawa-penggawa, Iman, Majikan dan ODP. Program Temuseru dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohamad Zainuddin bin Mohamad, Ketua Jajahan Machang, Kelantan. Ianya juga turut dihadiri oleh TKP Yasuhimi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan PP Wan Sani bin Ab Latiff, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan. Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan dan kerjasama dengan masyarakat setempat. Program seumpama ini amat digalakkan kerana ianya memberi impak yang baik kepada Jabatan dan orang ramai khususnya dalam memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia.

 

""