Majlis Malam Gemilang Ambang Merdeka Penjara Zon Sarawak telah diadakan pada 30 Ogos 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri. Majlis telah dihadiri oleh kakitangan Penjara Pusat Miri, Pasukan-pasukan Sepak Takraw Penjara Zon Sarawak dan juga ahli-ahli rombongan lawatan sambil belajar Kakitangan Penjara Pokok Sena Kedah yang membuat lawatan ke Miri, Negara Brunei Darussalam dan Limbang. Majlis diserikan dengan kehadiran TKPj. Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Susun atur majlis pada malam tersebut dimulakan dengan persembahan silat dan sajak,cabutan bertuah, persembahan karaoke serta persembahan daripada kumpulan kugiran Penjara Pusat Miri.
""