31 Ogos 2014 bertempat di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka telah diadakan perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 57 Peringkat Negeri Melaka. Kontinjen Penjara Melaka yang diwakili seramai 45 pegawai lain-lain pangkat dari seluruh institusi Negeri Melaka termasuk Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut. Perarakan perbarisan tersebut bermula dari Dataran Pahlawan dan berakhir di Stadium Hang Tuah,Melaka.
""