24 Ogos 2014 - Majlis Malam Jasamu Dikenang Peringkat Zon Sabah telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu yang dikelolakan oleh Ibu Pejabat Penjara Sabah. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai jasa pesara dan kakitangan yang akan bersara seramai 17 orang pada tahun 2014 dari institusi Penjara Sabah. Penyampaian sumbangan turut diadakan kepada 34 pelajar yang merupakan anak-anak kakitangan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM adalah dari Persatuan Pegawai Penjara (POA) dan PERSIAP. Upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada pesara dan anak cemerlang telah disempurnakan oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y. Bhg Datin Sri Hjh Noraini bt Hj Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg KPj Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan isteri, TKPj AB Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah, serta pengarah-pengarah institusi Zon Sabah dan tetamu jemputan. Selain daripada itu, acara penyerahan jalur gemilang kepada ketua-ketua institusi penjara sabah serta acara cabutan hadiah bertuah turut diadakan.
""